Mendapat pendidikan peringkat tinggi di Univesiti Malaya dalam bidang Ekonomi. Meneruskan pengajian peringkat Sarjana di East Anglia University, UK dan PhD di Washington State University, USA. Berpengalaman luas dalam bidang ekonomi. Sentiasa menjadi sumber rujukan memberikan pandangan tentang sesuatu isu ekonomi. Berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 1975 sehingga 1996. Sepanjang perkhidmatan di UKM pernah dilantik memegang beberapa jawatan termasuklah Ketua Jabatan Analisis Ekonomi dan Ahli Senat. Menceburkan diri di bidang pendidikan tinggi swasta sebagai Ketua Eksekutif, Kolej Yayasan Melaka bermula tahun 1997 sehingga 2006. Mengambil alih jawatan Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Alpha pada Januari 2007. Pernah menjadi Ahli Hakim Mahkamah Syariah, Melaka (2000-2001)